CERPEN- CINTA PERTAMA
hakmilik Azue 2012
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya. Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Penggal persekolahan terakhir, Dalam hati berkata-kata"seronoknya tak lama lagi nak cuti panjang". Waktu itu aku berada di tingkatan 1. aku mempunyai rakan-rakan yang agak nakal pada waktu itu. Mereka semuanya berani, aku pula pemalu sikit orangnya. Untuk kategori popular, memang kitorang menanglah, he,..he. Aku tersenyum sendirian. Oii julie cerianya engkau pagi ni? tegur sahabatku Tia. Kami berjiran. Memang selalu bersama menunggu bas untuk ke sekolah. Secara spontan aku menjawab " Mana taknya aku ceria, hari ni aku yang tunggu bas bukan bas tunggu aku". ketawa kami berderai. Maklum ajelah aku memang selalu terlewat. Asyik marathon je nak ke sekolah. Bas yang di tunggu pun tiba. Naik tangga bas je si Tia dah hulurkan 1 cassete untuk didengar dalam bas. Uncle yang dah biasa dengan cara kami ni, tersenyum memandang aku. Cassete yang dihulur Tia tadi terus di pasang. Masing-masing melayan perasaan. Mana taknya, lagu jiwang beb,,,Bila sampai di sekolah je, aku dan Tia akan berpisah. Aku tak sama kelas dengan dia. Di sekolah dia dengan kawan dia, aku dengan kawan aku. Kami akan bertemu semula bila habis waktu sekolah. Kebiasaannya aku dan Tia akan membuat homework bersama. Tia memang rakan yang setia untuk berkongsi apa sahaja.
"Menyampahnya aku tengok perangai budak-budak setan nih,"si liza rakan baikku menjawab, alah budak lelaki remaja macam ni lah perangai dorang. Menyusahkanlah aku membebel,..miang tak bertempat. Setiap kali nak naik atau turun tangga kami akan di skodeng. ada tuh yang terlalu kurang ajar sampai nak selak kain orang. Dorang seronok bila dengar kita menjerit. Dalam ramai-ramai si jejaka perasan tu, ada seorang ni yang comel, Dalam hati selalu berkata"sweetnya muka dier ". Bila aku lalu dia pasti akan buat satu renungan yang aku sendiri tak tahu apa maknanya, biasanya aku balas dengan senyuman. Pernah terdengar jugak ada rakan-rakan dia yang mengusik, "wei nizam tepi-tepi awek kau nak lalu lah". Bila aku angkat muka, nmpak merah muka dia. Satu hari tu si liza rakan rapatku bertanya"julie, ko perasan tak si nizam tu macam syok kat engkau". dengan muka yang confius aku jawab" ye ke?. liza terus cubit pipi aku,.." aduh sakitnya". Kau ni kan memang suka dera akulah, aku mengomel. Dia ketawa . Dia memang suka bila aku buat ayat merajuk.
Liza buat satu rancangan."Julie, apa kata esok pagi kita geledah meja si nizam tu". Kita kan sampai awal. Kita tengok ada tak dia tulis apa-apa yang boleh buat klu. Rakan aku yang sorang ni bab-bab yang ni memang pandai. Aku ketawa "SET". Esoknya aku bertiga Tia, aku dan Liza masuk ke kelas si nizam nih. Masa tu awal lagi, ramai yang belum datang, Kitorang curi-curi geledah meja dia. Ada jugaklah jumpa dia conteng kata-kata cinta tapi tak taulah untuk siapa. Dah berpuashati kitorang terus cabut,,,he..he. takut jugak jika ada yang perasan dan mengadu pada yang empunya diri. Semakin lama aku rasa suka pulak dekat si nizam ni. sampai beg sekolah pun aku saja beli yang sama macam dia pakai. tapi dia buat tak tau aja. Aku pun buat tak tau jelah. Cara dia macam suka aku, tapi entahlah,.. biarkanlah dia.
"Aduhh penatnya", gerutu aku dalam hati. muka aku masam mencuka sambil dalam hati berkata-kata, kenapalah ayah ni beli tanah jauh-jauh pastu buat rumah jauh-jauh. Penatlah nak jalan kaki balik rumah. Dah puas marah-marah aku tersenyum sendirian, padan dengan muka aku, dah ayah aku bayar si uncle bas tu hantar balik sekolah sampai depan rumah, tak pasal-pasal pergi ikut kawan-kawan aku pergi berseronok kat pekan tadi kenapa???,,,. Ha,.. padan muka.Tiba di sebuah rumah yang terletak di bawah bukit aku ternampak ada seseorang mengintai aku dari celah langsir. hati berdebar-debar, siapa ye,,, baru aku teringat ,kejadian ni bukan pertama kali berlaku. hati mula berasa tak senang. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku asyik memikirkan siapa budak yang selalu intai aku tu ye.
Sampai rumah je, aku terus menghempas diri atas katil, penatnya hanya tuhan yang tahu. Bila teringat balik kejadian di pekan tadi aku tersenyum sendirian. Teringat balik apa yang dilakukan oleh rakan-rakan ku yang berani tu. Dorang mengurat,,,he,,he. Si liza pacarnya duduk asrama, si nora pulak syok sendiri dengan abang form 2. Si Wani ada kekasih yang dah bekerja, yang single si affa dan si noni. Assalamualaikum,,,,terdengar orang memberi salam. Siapalah tuh, baru orang nak rehat-rehat ada je nak ganggu,. Tiba-tiba terjenguk muka si Tia kat pintu bilik aku. Hoi,. kau berangan eh?, kata Tia. La si Tia rupanya, la engkau, aku ingat sapa tadi. Tia memang dah biasa keluar masuk rumah aku.Tiba-tiba aku teringat peristiwa masa balik jalan kaki tadi. Eh Tia, ko tau tak dah banyak kali tau bila aku sampai dekat rumah bawah bukit dekat dengan rumah si maria tuh ada orang ngintai aku. Rumah sapa tu erk??. Tia terpinga-pinga. "oiii makcik aku tanya nih" sergah aku. Dia lantas ketawa. Saja nak mengusik aku le tuh. Aku pun tak pasti jawab Tia, aku telefon maria tanya dia lah. Maria tu sepupu si Tia. Eh Julie, tu rumah si nizam lah,,, Dia duduk dengan nenek dia. Jarang dia balik rumah mak dia tu. Oii makcik kan aku dah kata dia memang syok kat engkau,.. yeke? aku tanya Tia. lalu kitorang ketawa.
Hari ini aku ceria. Seperti selalu aku memang suka tersenyum menampakkan lagi lesung pipitku yang pasti buat ramai yang cemburu,.. he,,he. Julie,,, panggil seseorang. Bila aku toleh, dia menghulurkan sesuatu. Bila diamati,,. ermm surat, dari siapa ni? aku bertanya. Budak tu hanya jengketkan bahu lantas berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Aku memandang surat yang kini berada di tangan. Perasaan bercampur baur. dari siapa nih. Dalam hati berkata-kata. Sampai di dalam kelas aku terus duduk bersebelahan dengan liza. Eh julie kenapa muka kau nampak pucat ni, tanya liza. Aku tersenyum. " mana ada , kau ni macam-macamlah". Eh ye ke, kata liza tak percaya. Aku tunduk lantas mengeluarkan surat dari dalam poket bajuku. Surat dari siapa ni?. Tanya liza wangi semacam. Aku terdiam. Weeiii,,, ko dengar tak? aku cakap dengan kau ni liza mengatus. Ada orang bagi tapi aku tak tau dari siapa. Jomlah baca kata liza. Aku takutlah. Apa yang kau nak takut, meh aku buka kan. Aku lantas merampas semula surat itu dari liza. Perlahan-lahan aku membuka surat misteri itu. Bila di buka wah!!! harum semacam,,. liza ketawakan aku. Surat cinta la weiii.
Baca ayat pertama, jantungku seakan berhenti berdegup,. ya allah,.. siapa nih, kenapa berani dia tulis macam ni kat aku.
Ayat dia:
Assalamualaikum,
Di keheningan malam yang sunyi ini, ditemani,.. bla,.. bla,.
Ermmm,, berkerut dahi aku, pastu aku baca lagi
Sejak pertama kali terpandang wajahmu,.. bla,..bla
Pengakuan berani mati lagi tuh,. siap letak nama lagi. Habis baca surat tu liza ketawakan aku. Aku pulak tiba-tiba menangis. Aku tak tau kenapa aku menangis, sedangkan si penghantar surat ni menujukan surat cinta yang penuh dengan bunga-bunga asmara yang pasti membuatkan sesiapa saja yang dapat surat macam ni tersenyum riang. Puas liza pujuk aku, Dah puas menangis, liza kata, "eh jom kita cari budak tuh. aku terus mengangguk. Senang kerja kitorang nak siasat sebab kembar liza dan si Tia sama kelas dengan budak nih.
Sampai je kat kelas tuh, liza macam gangster bertanya sapa nama Rumie?. kembar si liza terus tunjuk ke arah sorang mamat nih, masa tu dia duduk dan tengah menulis. Berdebar-debar hati aku masa tu hanya tuhan yang tahu. Bila kembar si liza panggil dia. Dia angkat muka. Ya allah tersirap darah aku,...malunya,.. ermm sempat hati berkata-kata. handsomenya dia. kesian pulak kat budak Rumie tu, malu dia, merah muka dia. Bila dah bertentang mata. Aku terus tarik tangan si liza ajak balik ke kelas semula. Lepas tu kitorang ketawa. Dah puas ketawa, si liza tanya aku" dah puas hati tak? aku jegkitkan bahu je masa tu. he,,he, Cuti sekolah pun bermula lama tu, Sepanjang cuti sekolah tu aku cuba mereka-reka surat yang nak di balas pada si jejaka tampan tu. Kawan-kawan aku gelarkan dia "Mat Romeo". dalam hati berkata on jerlah apa salahnya. Tengok dia macam ok je. Siap sepucuk surat kutulis khas buat dia. Tak sabarnya nak tunggu hari persekolahan bermula. Aku pas kan surat tu pada Tia. Al-maklum dia sekelas. Tia kata budak tu pendiam. Dia pon tak berapa biasa dengan budak tu.
Rutin harian ke sekolah bermula. Aku ceria hari tu, sebab nak balas surat cinta dari dia. Bila Tia kata dia dah serahkan surat tu, hati aku pulak yang berdebar-debar nak tunggu reaksi dia. Bila lalu kelas dia je pasti aku menjeling, mana tau ternampak dia. Aku cuba tersenyum, tapi dia "poyo" jer. " Dalam hati mengatus jugak" Aku ke yang perasan. Masa tu kitaorang dah form 2. Selalu lah ada posman/women yang sukarela pas kan surat-surat cinta kitorang. Bila baca surat dari dia memang hati kembang setaman ler, ayat cinta habiss, tapi bila bersua, dia tak banyak berbicara, cuma bila bertentang mata, hati seakan memahami. Semakin rapat dan mengenali hati budinya aku merasa terlalu sayangkan dia. Telefon aje yang banyak membantu aku untuk mengenali dia dengan lebih rapat. habislah duit tabung aku gunakan unuk telefon, sampai ayah aku datang turut kat tiang telefon tu. Ingat lagi kata ayah" kau ni tak de keja lain ke?, bila malam je asyik nak ke kedai tu. rungut ayah. Tia lah yang jadi peneman setia aku masa tu. Dah habis duit aku , dia pulak yang akan telefon. Tulah aktiviti aku.Sampaikan bila sehari tak dengar suara dia rasa tak sudah hari aku. Rindu rasanya bila sehari tak dengar suara dia. Sebab dia bukan seperti jejaka lain yang terhegeh-hegeh. Bayangkan , walaupun kami belajar di tempat yang sama boleh kiralah berapa banyak kali kami pernah bertegur sapa. Kadang-kadang dalam hati berbisik jugak" ye ke dia ni orang yang aku sayang".
Kitorang tak pernah berdating hari cuti. Semuanya hari sekolah. "Kedai kek" Fanta merah-2, tulah yang kitorang suka dulu. Bila bersua tak banyak yang di bualkan. Tapi selepas bersua pasti aku akan rindukan seraut wajah tu. Terlalu banyak kenangan bersama dia. kami pun dah berjanji akan selamanya
Pagi tu aku dikejutkan dengan berita kemalangan dia. Ada seorang kawan dia yang bagitau. Sedih rasanya. Dengar cerita ada kat rumah. Dalam hati terfikir juga, jika kat hospital bolehlah lawat, kat rumah boleh ke?.. mana tau kena penyapu dengan nenek dia pulak nanti. Rumie jarang bercerita pasal mak dan ayah dia. Yang selalu aku dengar nenek dia lah. he,,he,. dalam aku termenung tu, bahu aku ditepuk, terperanjat aku, bila aku angkat muka dia tersengih-sengih" kau memang suka sakat aku kan".. liza ketawa. yelah dari tadi aku nampak kau termenung je?.nak pergi lawat dia tak?, tanya liza. Eiii aku takutlah, kata aku. Apa yang nak ditakutkan kata liza. Aku ber empat dah janji nak ke rumahnya habis waktu sekolah nanti. Habis waktu sekolah kami berempat terus menuju ke rumah dia. yang ditunjukkan oleh seorang rakan baik dia. Aduhhh,,. jauh jugak nak jalan kaki nih, penat,, dahlah panas,,, rungut kwan-kawan aku semua. Aku cuma diam. Dalam hati hanya tuhan yang tahu.
Assalamualaikum,,, Affa memberi salam. Waalaikumsalam jawab tuan rumah. Nenek dia lah tu. sangka aku. Aku rasa malu nak patah balik pun ada rasenya, tapi bila kenangkan nak lawat dia. sabar jelah. nenek dia menjemput kitorang masuk. pastu nenek dia panggil dia,. Rumie,,, ooo Rumie,. ni kawan kau datang nih. Bila terpacul muka dia, berubah merah terus muka dia. Mungkin tak sangka kitorang akan berani datang rumah dia. Masa tu tak banyak yang kami bualkan.Sedih tengok keadaan dia luka sana sini. Julie doakan semoga Rumie cepat sembuh ye, Kata aku. Lega rasa hati.
Hari berganti masa berlalu, sedar tak sedar kitorang dah nak duduki SRP. Aku lega Alhamdulillah,. habis dahh,.. Hooray!!!. Kata kawan-kawan aku kami macam belangkas. aku pun tak tau kenapa dorang cakap macam tu, bukan selalu pun aku jumpa si Rumie tu. Tapi bila bertemu kitorang memang nampak loving Couple. Budak-budak perempuan kelas dia dan kelas-kelas lain memang meluat betullah dengan aku. Jeles lah tuh,.. he,,he. Dekat sekolah kitorang memang jarang bersapa. jika terserempak aku cuba tersenyum, tapi memang susah lah dia nak balas, ha,,ha. yang aku perasan muka dia akan merah... like,,..like. Masa dah habis peperiksaan barulah aku selalu nampak dia. Biarpun dengan cara sengaja atau tak sengaja. Bila curi-curi pandang aktiviti dia dengan kawan-kawan dia, aku tersenyum sendirian. Handsome jugak bila dia senyum dan ketawa.
Result SRP akan keluar tak lama lagi. Hati ku berdebar-debar. maklumlah aku ni nak dijadikan contoh oleh mak dan ayah aku pada adik-adik, memandangkan aku anak yang sulung. Aku gembira dengan keputusan peperiksaan itu. Aku memang nak kekal kat sekolah ni aja. Rakan-rakan aku mendapat keputusan yang kurang memberansangkan. Cuma aku dan noni yang dapat sekelas. yang lain dah terpisah. Pelajar lelaki ramai jugaklah yang nak beralih arah ke sekolah vokasional. Rumie ada bagitau nak jumpa di tepi tangga. Aku rasa sungguh sedih kerana itu hari terakhir dia di sekolah ini. kenapa dia baru nak cakap. Dia kata nak ke Vokasional. Beratnya rasa hati nak terima kenyataan ini. Tapi aku relakan walaupun dalam keterpaksaan. Rumie tak janjikan apa-apa untukku cuma dia suruh aku jaga diri baik-baik, rasa nak menangis masa tu.
Hari pertama berada di tingkatan 4, terasa sungguh asing berada di sekolah ini tanpa dia di sini. Puas ku pujuk hati. Bila terpisah kelas dengan rakan-rakan rapat ku lagilah terasa sedihnya. Macam kehilangan yang amat besar. Aku tabahkan juga hati. Aku berkawan rapat dengan Risha, ina dan mona. Mona adalah rakan karibku. Sesekali ada juga mengeluh" ermmm mona tak sehebat liza". Liza amat memahami.Mona Keanak-anakan sikit perangai dia. Dalam banyak hal akulah yang di rujuk bulan merujuk,. he,,he. Tak mengapalah, syukur pada alah kerana temukan rakan sebaik dia. walaupun dia tak sehebat liza yang jiwang karat tuh, habis berbuku-buku dengan lirik lagu cintan dia.,.. Tiba-tiba teringat pulak kisah liza yang di tangkap cikgu waktu tengah berdua-duaan masa tingkatan 2 dulu. Mana taknya, yang dia pergi tutup pintu dan tingkap apa hal. Masa tu pulak kitorang ada aktiviti pengakap. Aku tersenyum sendirian bila mengenangkan kekasih liza si adnan yang menangis bila cikgu panggil parents dia. Maklumlah dia dok asrama,
Hubungan aku dengan Rumie semakin renggang. Tiada sepucuk surat pun untuk menemani hari-hari sepiku, Puas ku pujuk hati ini. Bila telefon pulak asyik tak ada rumah. Rasa aku mau nenek dia merungut asyik nak menjawab panggilan dari aku. lama-kelamaan perasaan semakin pudar. Pernah juga aku terdengar budak-budak lelaki ni mengusik" eh Julie,,. Rumie kau mana?... jangan-jangan dah ada awek lain kat vokay kut.." tak sanggup rasanya nak dengar gelak ketawa diorang. Kadang-kdang bila aku teringat kat dia, aku rasa nak memgamuk, nak marah diri sendiri kenapa aku terlalu sayangkan dia. kenapa aku terlalu nak mengharapkan dia. sedangkan langit tak sentiasa cerah. Itulah yang kurasakan saban hari.
Pertengahan tahun, aku mendapat surat dari seseorang yang aku tak kenali, sebelum membaca isi kandungan surat itu, aku bertanya siapa yang hantar surat ini. Bila tahu jawapan dari si penghantar surat tuh, aku mengintai dari jauh siapa gerangan dia." dalam hati berkata,,. ishkkk mamat ni ke, kenapa dia hantar surat kat aku ye?... memang aku pernah beberapa kali bersua pandang dengan mamat ni, tapi dia selamba je. " eh Julie cepatlah bukak surat tu, kata mona, nak juga tahu apa yang dia nak. Lamunan aku terhenti. Aku tersenyum sambil membuka surat itu.. Terpana hati,.saat menatap surat itu. Tak sangka dalam diam ada yang menaruh hati pada ku lagi. Walaupun aku terlalu takut untuk melalui semua ini kembali. Suasana tenang pada masa tu, aku sendiri tak tahu nak komen apa, tiba-tiba si Risha berkata" Julie, muka dia macam "NICO" tuh,, si artis tuh. Okeylah, balas je surat tu, Jika kawan apa salahnya, daripada aku tengok muka kau monyok je selalu. Si Risha dan Ina memang dah ada kekasih hati, Cuma si mona yang single, aku pulak umpama di gantung tak bertali, pepatah orang tua-tua lah. Seharian memikirkan surat itu, Dalam hati terdetik jugak, ini bukan surat sembarangan surat lamaran nih. Pening di buatnya. Surat tak berbalas. Tapi sejak dari peristiwa hari tu, kemana saja aku pergi bila di sekolah , pasti akan terpandang wajahnya, Wajah yang penuh harapan. kadang-kadang bila aku lalu, aku dengar kawan-kawan dia menyanyi lagu-lagu menaruh harapan, saja je kwan-kawan dia mengusik aku,,, Bila aku angkat muka , pasti terpandang dia merenung aku,,, ahhh!!! getus dalam hati malasnya nak mengulangi memori-memori sebegini.
Surat berbalas, aku sendiri tak tahu kenapa aku membalas surat itu. Mungkin aku kesunyian. Mizan Zafran,.. ermmm seronoknya dia dapat balasan surat dari aku.Sejak dari hari itu kami sering berpandangan. Tapi hatiku kosong. Peribadi dia tak sama langsung dengan Rumie. Aku terlalu rindukan Rumie. Tapi kemanakah dia, di saat aku memerlukan dia. Abang mizan seorang yang serius, sukar nak mengerti atau memahami dia. Al-maklum dia anak tunggal. Tapi terubat jugalah duka di hati dengan kehadirannya. Dia memang amat cemburu. Rumie juga seorang yang cemburu tapi tak tunjuk, abang mizan pulak lain, dia siap warning aku lagi tuh,,,. kadang-kadang rasa bosan, kadang-kadang gembira.
Memandangkan dia akan memghadapi SPM tak lama lagi, aku tak nak ganggu dia. Bila dia rasa nak jumpa, nak telefon, nak hantar surat, terserah pada dia aje.Dia berani, sampai sanggup datang ke kelas aku semata-mata rindu katanya. Suatu hari aku terdengar berita yang Rumie dan abang Mizan nak bertemu di pekan. Aku tertanya -tanya juga. Adakah mereka berjumpa ada kena mengena dengan aku. Kenapa Rumie tak pernah beritahu aku pun, kemana dia menghilang selama ini, kenapa sekarang dia muncul dengan cara begini. Aku bersemuka dengan abang Mizan untuk dapatkan kepastian,. Abang Mizan kata ya, tapi kata dia hal lelaki dan tak bagi aku campur tangan. Aku tak berpuas hati, jika mereka berjumpa kerana aku, mengapa aku tak dibenarkan masuk campur. sampai di kelas, rakan-rakanku berkata " Eh Julie elok jika kau pergi kat sana jugak waktu habis sekolah nanti, baru tau apa kes?.. yelah sampuk si mona, jom Julie aku temankan kata Mona. Aku mengangguk lesu. Hatiku rasa sedih,.. kenapa dengan Rumie??? Tak semena-mena aku mengambil sekeping kertas lalu mencoretkan apa yang kurasa disaat kehilangannya,. disaat dia tinggalkan aku, disaat rindu datang. Akan ku beri surat ini pada dia,. biar dia tahu apa yang aku rasa,.. Salahkah aku???
Pulang dari sekolah hari itu aku ke pekan dengan mona. Ke tempat yang dilmaksudkan.Terperanjat aku, memang betul dorang bertemu. Tak semena-mena aku dah berada diantara ke dua mereka. Tak tau apa perasaan aku waktu itu. Aku terus menyelitkan luahan hati yang ditulis kedalam beg Rumie. Sedihnya rasa hari itu. Hari yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Orang yang dulu tinggalkan aku muncul semula. Rindu bila tatap redup wajahnya. Ya,,. wajah yang amat disenangi, tapi apakan daya Aku insan yang lemah. Selepas kejadian itu tiada siapa yang bersuara tentang perkara itu, baik aku,, Rumie ataupun abang Mizan.. Dalam hati aku menangis,,. sampainya hati kau Rumie,... tak memujuk aku,.. rajuk yang ku tinggalkan terbiar sepi,.... barulah aku tahu,.. Rumie memang tak perlukan aku lagi untuk menemani hari-hari nya,.... Pilunya hati
Hari berganti hari, abang Mizan selesai memgambil SPM. Dan berhijrah ke KL. Aku pula meneruskan perjuangan untuk SPM. Sunyi lagi rasa hati. Cuma teman-teman penghibur hati. Sewaktu berhijrah ke KL adalah 2 ke 3 pucuk surat untukku. Aku bersyukur dia tak melupakan aku. Adalah juga dia telefon ke rumah Tia untuk berbual denganku. Bila result SPM akan diumumkan , aku terasa sungguh gembira kerana ingin bertemu dengannya. Pagi tu dah nampak kelibat dia mencari aku, Tapi dalam hati kecil berkata" kenapa nampak dia terlalu jauh berbeza dari dulu" aahhh biarkanlah,... Julie,,.. aku toleh ke belakang, eh abang, macam mana result abang ok x? dia tersenyum . Alhamdulillah katanya. Tahniah kataku. Julie, abang ada sesuatu nak beritahu Julie ni, kata abang Mizan, hatiku curiga,. apa dia bang kataku, Julie, abang nak beritahu abang ni bukanlah macam dulu lagi, start abang di KL abang dah jadi liar, perempuan keliling pinggang, jadi abang harap Julie jangan harapkan abang lagi, jangan tunggu abang, lupakan abang",,, tertikam perasaanku. Aku terdiam. Sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulutku. Hatiku terlalu sedih, tapi tak sesedih saat ditinggalkan Rumie dulu, Aku mengangguk lesu, dan menjawab jika itu yang abang nak kan Julie ok je. Kitorang terus berpisah.
Airmata tak dapat dibendung lagi,.. memang dasar lelaki,.. jerit hatiku, Aku terus ke bilik air masa tu. Aku menangis,. sedih. Dari luar terdengar suara Tia dan Mona memanggil aku,, Julie,.. kau kenapa?.... kau ok x?... aku jawab aku ok,.. nak keluar dah nih,,, dah puas menangis, keluar dari bilik air tu aku ketawa,,, kenapa dengan kau?,, tanya Tia. Dia orang berdua tak tau kisah nih,. tak apalah,.. malas aku nak cerita sekarang. tak ada apa-apalah,.. kata aku,,. aku betulkan tudung dan terus keluar dari bilik air tu menuju ke kelas. Tiba-tiba aku teringatkan Rumie yang membisu sejak meninggalkan aku. Adakah aku yang bersalah, tak memahami dirinya,. aku kah yang curang ataupun dia yang alpa. Meninggalkan aku terkapai-kapai keseorangan, setelah cintanya bertaman di hati ini. Sampai ke akhirnya,,"Rumie, kau tiada gantinya,.. Jauh di sudut hati ini masih ada ruang untukmu,.. untuk aku menyimpan perasaan sayang yang tiada penghujungnya,.. walau di mana kau berada,,,,

Kita bagai merpati,
Yang sering beriringan,
Menuju ke syurgawi pelangi,
Kita mengumpul hasrat,
Tiada henti-hentinya,
Mencari persinggahan,
Bina istana,
Namun ku tak berdaya membina cinta,
Syurgawi yang dicari dilanda gelita,
Gugurlah harapanku bersama hujan,
Bagai ada sesuatu cinta terhalang,
Dimanakah kau sayang di mana,
Jika hilang ku nanti kembali,
Andai duka dimana khabarmu,
Jika bahgia,apalah ertinya,
Ku menunggu...dan menunggu
Sejak dari peristiwa itu, aku berazam untuk menutup rapat pintu hatiku,, Jika adapun yang berjaya mengetuknya,,,, hanya takdir yang menentukan,..
@@@@@@@@@@ TAMAT @@@@@@@@@
Tiada ulasan:
Catat Ulasan